Sunday, March 15, 2015

Rindu.




Rindunya dia ni. Sekarang dah tak macam dulu. Ada masalah sikit, kitaorang dah jarang contact. Peh semua ni salah aku. Weh rindu gila duh. 

Mungkin masa kita gaduh dulu, aku ada cakap yang aku tak suka dia balik, aku lagi suka dia duduk kat asrama. Sekarang ni kena kat diri sendiri. Kata kata tu satu doa. Bila ego tinggi semua perkataan terkeluar sebenarnya tak ada niat pun. 

Rindu nak chat dengan dia, rindu nak manja manja dengan dia. Rindu dia yang selalu ambil berat pasal aku. Rindu semua pasal dia. Dah tak boleh nak buat apa, sabar jela walaupun dah rindu sangat sangat. 

Selalunya kan, memalam macam ni. Dia lah selalu teman aku, dia lah yang buat aku tersenyum sorang sorang macam orang gila bila tengah malam. Tapi sekarang .... Hm. Rasa kehilangan pun ada.

Salah sendiri, kena lah tanggung sendiri. Kata sado, hati pun kena lah sado hahaha. Setiap perkara yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Kata cinta, tunggu lah. Kata sayang, sabar lah.

Imissyousomuch nurul hanim binti suhaimi. ❤







Tipu.

Menipu ni paling benda yang aku tak suka. Takkan lah semua benda kau nak kena tipu. Bukan semua benda yang kau tipu tu untuk kebaikan. Kau boleh fikir kan mana baik, mana jahat. Kau dah besar. Tak perlu nak sakitkan hati orang lagi. 

Jujur tu lebih baik, kau tipu, akhirnya rahsia tu terbongkar juga. Tak lama mana pun. Ada je mulut yang bagitahu itu ini. Tak sangka lah, benda kau dah janji apa semua tapi kau still tak bagitahu. Bila aku tahu dari mulut orang lain yang kau menipu, sakit hati aku hanya tuhan je tahu.

Sampai bila ni sayang nak menipu? Macam mana hidup nak tenang kalau asyik menipu. Jujur lah walaupun kena marah ke gaduh ke apa ke. Janji kau dah jujur. Ini orang lain yang bagitahu, tahu tak sakit hati tu macam mana? Takpa. Benda kalau boleh bawa bincang, kita bincang elok elok eh.

Bila cakap pasal sakit hati, kang kau pula cakap " kau tak pernah bahagia dengan aku, sebab aku selalu buat kau sakit hati." Ayat ni paling aku benci juga. Benda kau boleh ubah, bila kau tak takut. Semua benda ni tak akan terjadi. Berani kerana benar, takut kerana bersalah.

Sabar pun ada hadnya, bila dah sayang sangat sangat senang lah nak percayakan dia. Kita mati mati percayakan dia, dia mati mati tipu kita. Tetiba. Ini semua dugaan. Takpa takpa. 

Semua orang pernah buat silap, semua orang ada kekurangan masing masing. Takpa, itu boleh terima. Bila dah sedar salah sendiri tapi tak reti nak ubah tu payah sikit. Bila dah sedar, jangan lah buat lagi. Benda yang lepas jangan buat buat tak ingat, kadang kadang benda yang lepas tu penting untuk kita perbaiki kesalahan kita sendiri. 

Bila dah besar, fikiran pun kena matang sikit. Eh bukan sikit tapi banyak. Haha okay lah bye, assalamualaikum. :) 

Wednesday, March 11, 2015

Berubah.

Dalam dunia ni, tak ada manusia pun yang sempurna. Jangan mengutuk orang macam diri tu sempurna GILA. Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing masing. 

Jadi jangan lah menghina orang sesuka hati je. Orang lain pun ada hati dan perasaan kan? Semua sama je. Cuba menerima kekurangan orang lain bukan menghina.

Memang tak boleh nak jadi sempurna, tapi boleh je kan cuba untuk jadi yang terbaik. Biar je apa orang nak kata apa, yang penting jadi diri sendiri. Rasa rasa perangai tak elok, kita ubah. Rasa rasa perangai dah baik, kita teruskan.

Bukan semua orang suka kita. Bila ada yang suka, pasti ada yang benci. Biasa lah manusia kan. Ada sifat buruknya tersendiri hahaha. Tu dia punya pasal nak benci ke apa. Biarkan saja. 

Yang penting ada berusaha nak jadi lebih baik daripada sebelum ni. Nasihat yang baik, kita dengar dan buat. Perlahan lahan kayuh. 

Aku pun bukan baik mana. Jahat tu ada lah juga hahahaha. Okay tamat sudah bye. Assalamualaikum ;)






Tuesday, March 10, 2015

Makin lama makin sayang.




Bila kata makin lama makin sayang, makin banyak juga lah dugaan yang datang. Dugaan datang, kita hadapi bersama. K acah hahaha. 

Dalam hubungan pasti ada pergaduhan, tak kira lah kecik ke besar benda tu kalau dah sayang pasti berbaik semula. Aku dengan dia ni kalau boleh setiap hari nak bergaduh hahaha kalau sehari tak gaduh tak boleh. Tapi boleh je kalau taknak gaduh kan. Cuma ego je lebih hihihi.

Gaduh macam ni memang biasa lah berlaku, dah nama pun cinta. Tak tahu lah kenapa sayang sangat kat dia ni. Mungkin sebab perangai dia ❤  Dia sorang je yang boleh tahan dengan perangai aku. Aku marah, aku merajuk, aku maki, aku buat apa apa je yang sakitkan hati dia, semua dia boleh tahan. Kadang kadang tak, hahaha.

Susah nak cari perempuan macam dia, sebenarnya tak pernah cari pun. Hahaha sebab nak dia sorang je hihihi. Tak kesah lah siapa nak halang aku dengan dia ke apa. Dah sayang, nak buat macam mana lagi? Fikir patung ke nak tinggal macam tu je. 

Biar lah tak selalu jumpa ke jarang contact ke apa ke, asalkan  kita bersama. Iloveyousomuch nurul hanim binti suhaimi ❤ 






Monday, January 5, 2015

Kesedihan.

Harini hari yang paling sedih. Bila orang yang kau sayang sangat sangat. Kau cinta sangat sangat pergi macam tu je. Nak buat macam mana bukan semua orang boleh tahan dengan perangai kita. 

Susahnya nak melepaskan orang tersayang. Dah tak ada jodoh kan? Impian musnah. Janji entah ke mana. Mungkin terlalu muda agaknya. Hahaha.

Bagi kau, lelaki semua sama kan. Kecewa juga bila dengar kan. Macam rasa diri ni "oh memang tak ada apa yang istimewa pun dalam diri aku." 

Haha tapi takpa. Bagi aku, kau istimewa. Aku ingat kau boleh tahan dengan perangai aku tapi kau tak boleh. Aku terlalu kejam maybe.

Haha aku dah pesan dekat kau. Bila marah semua perkataan keluar. Aku tak maksudkan semua tu. tapi bila cakap pasal ex kau terus dah tak ada apa apa.

Mungkin sakit hati kau tak hilang lagi kat dia. Haha mintak maaf lah ye. Tak ada niat pun nak sakitkan hati kau. Tak ada niat pun nak permainkan kau.

Hidup bukan selalu gembira kan. Kadang kadang gembira tu terlalu sekejap jika nak dibandingkan dengan kesedihan yang terlampau lama. 

Aku mintak maaf. Haha mungkin maaf je tak cukup kan. Aku tak tahu nak buat apa dah. Cuma nak cakap hati kau sado hihihi. Haha tu jela.

Akhir sekali, kau akan bergembira dengan seseorang yang faham perasaan kau :) 

Monday, September 15, 2014

Sedih.



Sedih tahu tak? Kalau orang yang kita sayang tinggalkan kita tanpa sebab. Apa salah kita? Kalau kita ada buat salah tolong lah bagitahu. Mungkin boleh berubah, mungkin boleh perbaiki kesilapan tu. Jangan lah buat keputusan yang sia-sia. Jangan sampai kau tinggalkan dia, sebulan dua kau yang terhegeh-hegeh cari dia balik. Jangan weh jangan. 

Sedih weh bila orang yang kita suka selama ni, dia lah orang yang paling kuat mengutuk kita dan benci kita. Apa puncanya pun tak tahu lah. Kalau tak suka, bagitahu. Jangan lah mengata belakang, jujur kan lebih baik. Kau tak suka dia tapi dia suka kau. Sampai suatu hari nanti dia tak suka kau, masa tu lah kau pula suka dia. 

Sedih kalau ada kawan ramai tapi tak ramai yang boleh digelar " Sahabat ". Ada kawan, bila susah dia cari kita, bila dia senang, tak payah cakap lah. Batang hidung dia pun tak nampak. Ada kawan suka tikam belakang, ada kawan suka ambil kesempatan. Banyak lah perangai kawan kawan ni. 

Sedih kalau asyik bergaduh je, dengan kawan selalu bergaduh, dengan family sendiri pun selalu bergaduh, apa entah lagi dengan pasangan (kalau dah berpunya lah) saya single hahaha. Gaduh , baik, gaduh, baik, gaduh, baik. Itu lah yang selalu berlaku. Bila dah gaduh tu, boleh lah tahu sikit sikit perangai buruk dia kan, kena lah terima. Hubungan mana yang tiada pergaduhan? Semua mesti pernah bergaduh melainkan kau kenal dengan dia sehari, lepastu dah tak tegur tegur. Haa itu yela sampai ke mati tak bergaduh.  


Assalamualaikum. 




Saturday, September 13, 2014

Pernah tak?


Pernah tak kau terfikir perasaan dia? Kenapa kau layan dia macam sampah? Manusia dengan sampah ada beza. Jangan lah sampai manusia dengan sampah pun kau tak boleh nak bezakan. Disebabkan kesilapan dia sebelum ni, kau layan dia macam tu. Jangan lah jangan. Semua orang berhak dapat peluang kedua. Mungkin dia akan perbaiki kesilapan yang dia pernah buat selama ni kalau kau beri dia peluang kedua. Yela bukan senangkan nak dapat peluang kedua ni. Kalau dia cakap dia nak berubah, kau bagi lah dia sokongan sikit. Bagi dia semangat, percaya pada dia. 

Pernah tak kau ambil tahu tentang perasaan dia terhadap kau? Dia dah lama jatuh cinta dengan kau, dia cuba ambil perhatian kau tapi kau buat bodoh je. Dia cuba nak luahkan perasaan dia dekat kau tapi dia takut kau tak boleh nak terima lepastu kau menjauhkan diri kau daripada dia. Dia lebih rela pendam daripada berjauhan dengan kau. Kau jela yang kena sedar sendiri, kenapa dia selalu ambil berat pasal kau, cuba fikir. Fikir dan fikir.

Pernah tak kau rasa ditinggalkan? Semua orang pernah ditinggalkan. Orang zaman sekarang, dia datang dan dia pergi macam tu je. Dia tak pernah fikir perasaan orang lain yang dia tahu dah bosan sikit, tinggalkan. Bila dengan rindu, dia datang balik. Bila dah lepaskan rindu dia tu, dia pergi. Siapa tak menyampah? Haih.

Pernah tak kau rasa kesedihan dan kegembiraan? Mestilah pernah kan? Bila bersama kesayangan sudah tentu lah gembira. Siapa tak suka ada orang yang ambil berat pasal kita? Sayang kita? Teman kita sepanjang masa kan? Semua tu boleh hilangkan rasa bosan. Tapi yang paling sedih, bila dah selalu sangat gaduh. Gembira tu sekejap je, tak lama pun. sedih tu yang dia punya lama dia punya lah lama hahaha. Yela kalau dah selalu jumpa tak boleh juga nanti bosan dan perasaan rindu tu tak ada. Ada orang kalau sehari tak jumpa pun dah rindu katanya, haa sekali jumpa hari hari. Muak pula kata kau. Aku rasa lah kan, kalau nak kekal lama lah kan jumpa lah seminggu sekali, confirm ah rindu tahap babun. Jangan sedih sangat, ada kawan disekeliling kita. Gembira lah sepuas puasnya.