Jujur tu lebih baik, kau tipu, akhirnya rahsia tu terbongkar juga. Tak lama mana pun. Ada je mulut yang bagitahu itu ini. Tak sangka lah, benda kau dah janji apa semua tapi kau still tak bagitahu. Bila aku tahu dari mulut orang lain yang kau menipu, sakit hati aku hanya tuhan je tahu.
Sampai bila ni sayang nak menipu? Macam mana hidup nak tenang kalau asyik menipu. Jujur lah walaupun kena marah ke gaduh ke apa ke. Janji kau dah jujur. Ini orang lain yang bagitahu, tahu tak sakit hati tu macam mana? Takpa. Benda kalau boleh bawa bincang, kita bincang elok elok eh.
Bila cakap pasal sakit hati, kang kau pula cakap " kau tak pernah bahagia dengan aku, sebab aku selalu buat kau sakit hati." Ayat ni paling aku benci juga. Benda kau boleh ubah, bila kau tak takut. Semua benda ni tak akan terjadi. Berani kerana benar, takut kerana bersalah.
Sabar pun ada hadnya, bila dah sayang sangat sangat senang lah nak percayakan dia. Kita mati mati percayakan dia, dia mati mati tipu kita. Tetiba. Ini semua dugaan. Takpa takpa.
Semua orang pernah buat silap, semua orang ada kekurangan masing masing. Takpa, itu boleh terima. Bila dah sedar salah sendiri tapi tak reti nak ubah tu payah sikit. Bila dah sedar, jangan lah buat lagi. Benda yang lepas jangan buat buat tak ingat, kadang kadang benda yang lepas tu penting untuk kita perbaiki kesalahan kita sendiri.
Bila dah besar, fikiran pun kena matang sikit. Eh bukan sikit tapi banyak. Haha okay lah bye, assalamualaikum. :)
No comments:
Post a Comment