Monday, September 15, 2014

Sedih.



Sedih tahu tak? Kalau orang yang kita sayang tinggalkan kita tanpa sebab. Apa salah kita? Kalau kita ada buat salah tolong lah bagitahu. Mungkin boleh berubah, mungkin boleh perbaiki kesilapan tu. Jangan lah buat keputusan yang sia-sia. Jangan sampai kau tinggalkan dia, sebulan dua kau yang terhegeh-hegeh cari dia balik. Jangan weh jangan. 

Sedih weh bila orang yang kita suka selama ni, dia lah orang yang paling kuat mengutuk kita dan benci kita. Apa puncanya pun tak tahu lah. Kalau tak suka, bagitahu. Jangan lah mengata belakang, jujur kan lebih baik. Kau tak suka dia tapi dia suka kau. Sampai suatu hari nanti dia tak suka kau, masa tu lah kau pula suka dia. 

Sedih kalau ada kawan ramai tapi tak ramai yang boleh digelar " Sahabat ". Ada kawan, bila susah dia cari kita, bila dia senang, tak payah cakap lah. Batang hidung dia pun tak nampak. Ada kawan suka tikam belakang, ada kawan suka ambil kesempatan. Banyak lah perangai kawan kawan ni. 

Sedih kalau asyik bergaduh je, dengan kawan selalu bergaduh, dengan family sendiri pun selalu bergaduh, apa entah lagi dengan pasangan (kalau dah berpunya lah) saya single hahaha. Gaduh , baik, gaduh, baik, gaduh, baik. Itu lah yang selalu berlaku. Bila dah gaduh tu, boleh lah tahu sikit sikit perangai buruk dia kan, kena lah terima. Hubungan mana yang tiada pergaduhan? Semua mesti pernah bergaduh melainkan kau kenal dengan dia sehari, lepastu dah tak tegur tegur. Haa itu yela sampai ke mati tak bergaduh.  


Assalamualaikum. 




Saturday, September 13, 2014

Pernah tak?


Pernah tak kau terfikir perasaan dia? Kenapa kau layan dia macam sampah? Manusia dengan sampah ada beza. Jangan lah sampai manusia dengan sampah pun kau tak boleh nak bezakan. Disebabkan kesilapan dia sebelum ni, kau layan dia macam tu. Jangan lah jangan. Semua orang berhak dapat peluang kedua. Mungkin dia akan perbaiki kesilapan yang dia pernah buat selama ni kalau kau beri dia peluang kedua. Yela bukan senangkan nak dapat peluang kedua ni. Kalau dia cakap dia nak berubah, kau bagi lah dia sokongan sikit. Bagi dia semangat, percaya pada dia. 

Pernah tak kau ambil tahu tentang perasaan dia terhadap kau? Dia dah lama jatuh cinta dengan kau, dia cuba ambil perhatian kau tapi kau buat bodoh je. Dia cuba nak luahkan perasaan dia dekat kau tapi dia takut kau tak boleh nak terima lepastu kau menjauhkan diri kau daripada dia. Dia lebih rela pendam daripada berjauhan dengan kau. Kau jela yang kena sedar sendiri, kenapa dia selalu ambil berat pasal kau, cuba fikir. Fikir dan fikir.

Pernah tak kau rasa ditinggalkan? Semua orang pernah ditinggalkan. Orang zaman sekarang, dia datang dan dia pergi macam tu je. Dia tak pernah fikir perasaan orang lain yang dia tahu dah bosan sikit, tinggalkan. Bila dengan rindu, dia datang balik. Bila dah lepaskan rindu dia tu, dia pergi. Siapa tak menyampah? Haih.

Pernah tak kau rasa kesedihan dan kegembiraan? Mestilah pernah kan? Bila bersama kesayangan sudah tentu lah gembira. Siapa tak suka ada orang yang ambil berat pasal kita? Sayang kita? Teman kita sepanjang masa kan? Semua tu boleh hilangkan rasa bosan. Tapi yang paling sedih, bila dah selalu sangat gaduh. Gembira tu sekejap je, tak lama pun. sedih tu yang dia punya lama dia punya lah lama hahaha. Yela kalau dah selalu jumpa tak boleh juga nanti bosan dan perasaan rindu tu tak ada. Ada orang kalau sehari tak jumpa pun dah rindu katanya, haa sekali jumpa hari hari. Muak pula kata kau. Aku rasa lah kan, kalau nak kekal lama lah kan jumpa lah seminggu sekali, confirm ah rindu tahap babun. Jangan sedih sangat, ada kawan disekeliling kita. Gembira lah sepuas puasnya.


Friday, September 12, 2014

Move on.


Move on? Benda ni lah yang paling susah gila nak buat. 

Bukan senang nak lupakan orang yang kau pernah rapat, sayang, suka, semua tu. kan? 

Tapi nak lupakan orang tu, kena fikir apa yang dia pernah buat dengan kau. Fikir keburukan jela sebab tu boleh benci. Perasaan benci akan hilang juga nanti. Jangan benci sangat sebab benci boleh jadi suka, suka boleh jadi benci. Pandai-pandai lah fikir.

Kalau dia dah ada pengganti lagi senang lah nak lupakan dia. Fikir lah dia dah ada pengganti. Pengganti dia pula jauh lebih baik daripada diri kau tu haaaaa. Kena lah terima hakikat yang kau memang tak ada jodoh dengan dia. Kalau ada jodoh tak kemana pun. 

Lagi satu, tak payah dah nak ambil berat pasal dia. Biar lah dia dengan pasangan dia. Dia dah bahagia pun, kenapa kau perlu bersedih lagi? Kalau kau nak kebahagiaan macam dia, usaha lah sikit. Takkan kau nak berharap dengan dia lagi? Sedangkan dia pun dah bahagia dengan pasangan dia? Tolong jangan ganggu kebahagiaan orang lain. 

Jangan jadi orang ketiga yang suka menghancurkan kebahagiaan orang lain. Nanti ramai pula orang tak suka dengan kau. Kau pun boleh cari pengganti, tak pun kau tunggu je cinta sejati kau tu. hahaha amboi sejati lah sangat ><

Fikir ada baiknya kau lupakan dia. Susah memang susah tapi lama lama aku rasa kau pun dah boleh lupakan dia. Selamat mencuba hahaha.

Ingat tau :p okay tu jela. 


Ciri-ciri gadis idaman.




Ciri-ciri gadis idaman.

Baik. 
Penyayang.
Lemah lembut.
Suka ambil berat. 
Pandai masak.
Pandai kemas rumah.
Pandai memujuk.
Pemalu.

Rasanya itu jela ciri-ciri gadis pujaan hatiku. Hahaha kalau rasa diri ada 4 ciri yang ada kat atas tu. Boleh lah nak kenal kenal hahaha. Aku tak baik mana. Semua orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kita kena terima. Paras rupa tak jadi masalah. Itu semua pinjaman sahaja. 

Tapi aku rasa aku dah jumpa gadis tersebut. Biarkan jela, kalau ada jodoh tak kemana kan? Sabar sabar. 

Saja nak bagitahu. Kalau taknak tahu tak payah baca hahaha. Suka suki >.< 

Byebye. 

Kehilangan.



Tahun ni, aku kehilangan seseorang yang aku sayang. 

Mungkin sekarang ni dia dah tak ambil tahu pasal aku dah. Mungkin dah benci kan? Mana lah tahu. Perasaan orang, kita bukan boleh tahu pun. 

Walaupun tak bercinta, aku rasa happy gila bila dengan dia tapi aku tak tahu lah dia happy ke tak bila dengan aku. Dia ada waktu aku sedih, dia sentiasa ada disisiku hahaha. 

Tapi bila dah sayang, dah suka semua tu. haih ada pula lelaki lain yang suka dia, sayang dia. Bukan nak mengalah tapi lelaki tu kenal dia dulu daripada aku. Aku pun baru je kenal dia. Tak kenal maka tak cinta maa hahaha.

Lelaki tu boleh tahan lah. Nak cakap sesuai pun ada dengan dia. Tahu tahu jela yang aku ni kuat cemburunya tapi sekarang dah kurang sikit hahahaha. 

Ada suatu haritu aku post gambar dia dan dia ada suruh aku delete tau dan aku taknak delete lepastu aku biar jela. Beberapa hari kemudian dia cakap ada kawan dia dah tahu yang aku post gambar tu. Sudah tentu lah kawan dia tanya macam macam kan? Nak tahu tak siapa yang tanya? Lelaki yang suka dia tu lah. Masa tu lah dia bagitahu yang lelaki tu suka dia bagai, masa tu juga lah dia suruh aku delete gambar tu. Aku pun delete lah nak buat macam mana kan. Dia kena jaga hati lelaki tu pada waktu yang sama dia jaga hati aku juga. Tapi masa tu lelaki tu marah dia. Aku pun marah dia juga. Sebab entah lah rasa diri terlalu berharap tapi aku tak harap apa apa pun. Aku harap dia ada disisi aku sepanjang masa tu je haha.

Ni gaduh besar ni, entah berapa hari tak bertegur lepastu dia tegur dekat facebook rasanya sebab aku block&delete wechat dia hahaha. Baik balik. Lepastu gaduh pula pasal lelaki lain. Peh peh peh. Sejak dari tu aku dah macam nak taknak je layan dia, selalu gaduh. Tapi semua ni memang salah aku ego tinggi melambong. 

Dah jadi macam tu. dah lama dah tak bertegur hingga lah sekarang. Dia pun dah gembira dengan hidup dia. Aku ADA ke TAK ADA ke sama je.

Lepastu, hilang lah dia. Tak kemana pun senanya. Hahaha ada je nampak lol. 

Okay tamat. Sekian



Gadis 2014.




Tahun ini aku telah kenal perempuan yang umur dia lebih sikit je daripada aku. Dia sekolah sama dengan aku. 

Mula mula biasa lah tegur dekat facebook hahaha. Sebab facebook je paling senang nak cari orang. First time tegur, ingatkan dia tak balas atau akan balas lambat. Aku baru je "hai" laju je dia "hai" balik. 

Aku tanya dia, dia kenal aku ke tak? Dia cakap lelaki pakai bag pink tu eh. Lebih kurang macam tu lah. Aku pun ye kan jela sebab memang betul pun aku pakai bag pink hahaha. Sekejap je chat ngan dia kat facebook, dia nak tidur katanya. 

Kali kedua tegur dia, aku rasa aku ada mintak id wechat dia. Mula mula dia cakap tak ada. Lepastu dia cakap ada pula. Pandai dia bergurau ye kekeke. Bila dah add dia tanya kat facebook nak accept ke tak? Aku pun jawab lah "sekati lah" rasanya lah sebab aku pun dah lupa hahaha. Dia accept juga akhirnya.

Chat sekejap kat wechat, lepastu dia cakap nak tidur lagi rasanya haha dia kuat tidur. Lepas beberapa hari, aku tak boleh nampak moments dia sebab dia hide moments dari aku. Aku pun biarkan jela. Sebab baru kenal tak akan nak marah dia pula kan. 

Aku pun dah ingat ingat lupa je ni. hahaha. Suatu hari tu, aku tegur dia. Rasanya dah lama tak tegur, dia balas. Dia cakap "ingatkan dah taknak chat dengan i,  i baru nak delete." Lebih kurang macam tu lah katanya. Haha sebaik lah aku tegur. Kuikuikui.

Ada satu hari ni, satu hari aku chat memanjang dengan dia tak berhenti. Dia adalah lah juga balas lambat sikit, biasa lah tu kan. Rasa best pula bila chat dengan dia.

Lepastu, aku dengan dia makin rapat dan serapat yang boleh sebab selalu wechat kan. Bila terserempak kat sekolah dia larikan diri dia, lepastu buat muka malu pula tu hahaha. Kitaorang tak pernah bertegur. Aku dengar suara dia masa dia voice note dekat wechat. Masa nampak dia sekali je aku pernah dengar suara dia rasanya. 

Lepas dah selalu sangat chat, selalu juga lah bergaduh. Mula mula kalau gaduh dengan dia. Dia selalu tak balas, terus palau. Dah lama lama gaduh, cara dia pujuk, cara dia nak bebaik dengan aku balik, aku nampak lah perubahan dia kan. Aku pernah gaduh dengan dia sebab 2 lelaki. 1) lelaki yang dia suka tengok, 2) lelaki yang suka dia. Tak tahu lah pula yang dia rapat dengan lelaki yang suka dia tu. Ini gaduh teruk, sebab salah aku, cemburu tak bertempat. Dia bukan ada apa apa hubungan pun dengan aku.

Tapi aku paling suka dia bagi nama gelaran aku. Hahaha comel sangat. Pernah sekali tu dia bagi gambar hari raya pertama dia sebab aku yang mintak.  Ah gambar tu comel lah juga. Katanya dia tak suka selfie sangat. 

Dan sampai ke harini lah aku tak bertegur dah dengan dia. Aku pun dah lupa apa puncanya apa sebabnya. Nak cakap benci, aku cakap je benci dia. Tapi memang tak boleh nak benci pun. Sekarang salah sendiri, ego lebih. Dia pun dah tak fikir rasanya pasal aku. Haih rindu dia. 

Okay tamat. 

EX




Ex ialah cinta kenangan silam. Kalau cakap kenangan, tak payah lah kau nak berangan nak lupakan lah apa lah. Benda tu kau akan ingat sampai bila bila kalau kau bukan seorang yang pelupa ke apa ke hahaha.

Bercerita pasal ex, mesti ada gembira, sedih, gaduh, last sekali cinta hahaha. 

Bila dah putus tu memang lah tak bertegur untuk beberapa bulan. Tapi nanti dah jadi kebiasaan. Kau dah boleh tegur dia, borak dengan dia tapi layan macam kawan jela tak lebih takut terjatuh cinta lagi sekali. Itu kau punya hal kalau sakit hati lagi sekali.

Aku tahu perempuan lepas break semua benda dia cerita dekat kawan dia. Kalau boleh semua cerita yang buruk buruk pasal lelaki tu (sesetengah mungkin) tak perlu lah kot. Sebab lelaki kan lepas break dia hanya cakap dengan kawan dia "aku dah break dengan dia." Dia tak akan bagitahu sebab kalau kawan dia tak tanya, kalau kawan dia tanya sekali pun mesti dia cakap "adalah." 

Percayalah, kalau kau nak benci ex kau sampai bila bila memang tak boleh, walaupun kau bergaduh, kau maki hamun dia, kau cakap kau benci dia selama lamanya. Mungkin ambil masa yang lama tapi percaya lah perasaan benci sama macam perasaan cinta. Datang tak disangka, pergi tak diduga. Cewah hahaha perasaan benci akan hilang juga.

Mesti ada pula saat saat gembira dengan ex kita, gembira tu mungkin sekejap tapi pasti gembira tu rasa lain daripada yang lain. So tak payah salahkan sesiapa, dia mungkin membuatkan kau sakit hati, sedih untuk masa yang lama, tapi kau kena ingat dia lah juga yang pernah membuatkan kau gembira semasa kau bersama dia yeah. Hahaha. 

Kalau kita buat silap, kita belajar dari kesilapan yang lepas supaya tak mengulangi kesilapan yang sama. Belajar memahami satu sama lain. Cinta jangan dicari, biar ia datang dengan sendiri. 

Khas buat mu.


Thursday, September 11, 2014



Okay sekarang ni aku nak bercerita tentang apa yang aku suka dan apa yang aku tak suka.

Benda paling aku suka ialah cinta wahahahaha, yela siapa tak suka bercinta kan? semua suka. kadang kadang bercinta ni gembira, kadang kadang sedih. Tapi kegembiraan dan kesedihan tu boleh kongsi bersama kalau pasangan masing masing saling memahami satu sama lain. Umur bukan masalah, kalau fikiran dah matang macam orang dewasa boleh je kan.

dan

Aku suka juga kalau orang ambil berat pasal aku, sayang aku, buat baik dengan aku. sebenarnya banyak benda lagi yang aku suka tapi tak tahu ah nak tulis apa lagi hahaha. eh lupa aku suka hadiah. hahaha jangan lupa bagi hadiah nanti hari lahir nak dekat dah ni kekeke.


Benda yang aku paling  tak suka orang kacau hidup aku. Padahal aku tak pernah pun nak kacau hidup orang lain tu haaa. Orang kalau kacau hidup kita mesti dia dengki, benci  semua ah. Buat ini salah, buat itu pun salah juga. Tak pernah nak betul apa yang kita buat dimata dia.

dan ingat , aku paling  tak suka kalau orang buat baik depan aku bila kat belakang oh perangai syaitan pun kalah. Jangan jadi syaitan bertopengkan manusia. kalau tak puas hati cakap depan depan. bincang elok elok boleh je kan? haaa lagi satu aku tak suka orang ikut apa yang aku buat. aku beli benda tu kau nak juga. aku pakai macam tu, kau ikut juga. rimas kau tahu? lol

okay sekian, terima kasih. :p





BIODATA.


Nama; Muhammad muhaymin bin rosmi.
Hari lahir; 1,10,1999.
Tempat lahir; Hospital Besar Kuala Lumpur.
Agama; Islam.
Sekolah; SMK Cochrane.
Anak yang ketiga daripada lima adik-beradik.


TU JELA YANG AKU BOLEH BAGITAHU.