Ex ialah cinta kenangan silam. Kalau cakap kenangan, tak payah lah kau nak berangan nak lupakan lah apa lah. Benda tu kau akan ingat sampai bila bila kalau kau bukan seorang yang pelupa ke apa ke hahaha.
Bercerita pasal ex, mesti ada gembira, sedih, gaduh, last sekali cinta hahaha.
Bila dah putus tu memang lah tak bertegur untuk beberapa bulan. Tapi nanti dah jadi kebiasaan. Kau dah boleh tegur dia, borak dengan dia tapi layan macam kawan jela tak lebih takut terjatuh cinta lagi sekali. Itu kau punya hal kalau sakit hati lagi sekali.
Aku tahu perempuan lepas break semua benda dia cerita dekat kawan dia. Kalau boleh semua cerita yang buruk buruk pasal lelaki tu (sesetengah mungkin) tak perlu lah kot. Sebab lelaki kan lepas break dia hanya cakap dengan kawan dia "aku dah break dengan dia." Dia tak akan bagitahu sebab kalau kawan dia tak tanya, kalau kawan dia tanya sekali pun mesti dia cakap "adalah."
Percayalah, kalau kau nak benci ex kau sampai bila bila memang tak boleh, walaupun kau bergaduh, kau maki hamun dia, kau cakap kau benci dia selama lamanya. Mungkin ambil masa yang lama tapi percaya lah perasaan benci sama macam perasaan cinta. Datang tak disangka, pergi tak diduga. Cewah hahaha perasaan benci akan hilang juga.
Mesti ada pula saat saat gembira dengan ex kita, gembira tu mungkin sekejap tapi pasti gembira tu rasa lain daripada yang lain. So tak payah salahkan sesiapa, dia mungkin membuatkan kau sakit hati, sedih untuk masa yang lama, tapi kau kena ingat dia lah juga yang pernah membuatkan kau gembira semasa kau bersama dia yeah. Hahaha.
Kalau kita buat silap, kita belajar dari kesilapan yang lepas supaya tak mengulangi kesilapan yang sama. Belajar memahami satu sama lain. Cinta jangan dicari, biar ia datang dengan sendiri.
Khas buat mu.
No comments:
Post a Comment